BRITNEY SPEARS dilaporkan telah berhubung dengan mendiang Heath Ledger menerusi cermin. Bintang pop bermasalah itu yang kini dipercayai mengalami masalah sakit jiwa pada tahap kronik dilihat bercakap dengan cermin yang dia percaya dirinya sedang bercakap dengan Ledger.
Perkara itu terjadi sejurus sebelum bapa Britney, Jamie Spears diberikan kuasa ke atas Britney dan harta bendanya oleh mahkamah.
Sumber berkata, ketika menjalani pemeriksaan keadaan mentalnya oleh pakar sakit jiwa di sebuah hospital di Los Angeles, Britney yang sebelum itu bercakap selama dua jam di depan cermin memberi alasan dia sebenarnya sedang bercakap dengan mendiang Ledger.
"Kasihan sungguh melihat keadaan Britney ketika itu. Berjam-jam dia bercakap seorang diri dengan cermin. Dia kelihatan begitu emosional dan begitu yakin sedang bercakap dengan mendiang Heath," tegas sumber itu kepada akhbar tabloid, News Of The World.
Apabila Britney kemudiannya mendapat tahu bapanya diberikan hak terhadap harta dan kehidupannya, penyanyi yang telah hilang hak penjagaan dua anak lelakinya itu mula mengamuk dan menjerit terhadap pekerja hospital terbabit.
Antara kata-kata Britney yang kedengaran dalam jeritannya itu ialah, "Saya sudah bosan dengan semua ini. Nak sangat rumah aku, silalah ambil. Sebenarnya mereka tak boleh ambil rumahku. Tiada siapa yang berhak. Siapa keluargaku?"
Kosmo!