Amitabh Bachchan
MUMBAI: Dua remaja menunggang dua motosikal melempar botol kaca ke arah rumah pelakon Bollywood, Amitabh Bachchan, semalam selepas pemimpin parti Maharashtra Navanirman Sena (MNS) menuduh aktor itu sengaja mengabaikan kebajikan negeri Maharashtra.
Ketika polis menafikan kejadian seumpama itu, wartawan yang berhimpun di luar banglo milik pelakon itu kerana menjangkakan timbulnya masalah berikutan pertempuran antara penyokong MNS dan Parti Samajwadi (SP) kelmarin, berkata mereka mendengar kedua-dua remaja itu memaki hamun Bachchan dan juga melihat botol dibaling oleh mereka. Kawalan keselamatan dipertingkatkan di rumah Bachchan, Prateeksha' di Juhu berikutan kecaman Raj Thackeray terhadap pelakon itu kerana lebih memihak kepada negeri Uttar Pradesh berbanding Maharashtra untuk menubuhkan kolej untuk penuntut perempuan.
Pegawai kanan polis, Deepak Katdare, dari balai polis Juhu, yang menafikan serangan berkata: "Selain pengawal keselamatan peribadi yang ditempatkan di situ, kami turut menempatkan orang kami dan tiada kejadian seperti itu berlaku."
- Agensi