Britney Spears dengan imej yang lebih 'gelap'
LOS ANGELES - Penyanyi bermasalah, Britney Spears kini berada dalam kebimbangan selepas mengetahui bahawa beberapa pita video yang memaparkan adegan seksnya dicuri, lapor sebuah akhbar semalam.
Spears yang terkenal dengan lagu Oops!... I Did It Again itu kini sedang menjalani rawatan psikiatri di Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles.
Menurut satu sumber, pita video yang dicuri dari rumah Spears di Beverly Hills itu disifatkan sebagai 'barangan berharga.'
Kehilangan pita yang turut mengandungi aksi lucah serta rakaman Spears mengambil dadah itu mula disedari pada malam Jumaat lalu.
"Ini adalah perkara terakhir yang Spears mahukan. ''Maruahnya kini seperti telur di hujung tanduk kerana semua rahsianya boleh terbongkar," kata sumber itu
Insiden pada Jumaat lalu bukanlah perkara pertama yang terjadi kepada artis itu kerana dia sebelum ini pernah terbabit dalam satu skandal seks.
- Agensi