TOKYO - Bintang pop Jepun, Kumi Koda memohon maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan bahawa wanita berumur lebih 35 tahun menghadapi masalah cecair yang berbau busuk di dalam rahim mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenyataan Koda, 25, turut diselar oleh sebuah pengeluar produk kosmetik dengan mengantungkan iklan yang menampilkan penyanyi berkenaan.
"Saya dengan bersungguh-sungguh dan memohon maaf di atas teguran yang mengecewakan banyak pihak," kata seorang pegawai di laman web penyanyi itu sepanjang minggu lalu.
Agensi yang mewakili Koda, Avex Entertainment berkata, isu tersebut dipandang serius dan promosi bagi album terbarunya berjudul Kingdom yang akan dilancarkan penghujung bulan ini terpaksa ditangguhkan.
Jepun merupakan salah satu negara yang mencatatkan jumlah kelahiran terendah di dunia.
- AFP