LOS ANGELES – Aktres remaja popular, Vanessa Hudgens mencetuskan satu lagi kontroversi selepas sebuah laman web mendakwa dia pernah membuat satu rakaman video separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Dakwaan itu muncul beberapa bulan selepas bintang filem High School Musical itu dikecam setelah beberapa gambar bogelnya tersebar di internet.
Sebuah laman web mendakwa Hudgens, 19, membuat satu rakaman video dengan menggunakan telefon bimbit miliknya di bawah pokok Krismas dengan hanya memakai seluar dalam dan topi Santa Claus.
Dalam rakaman selama 45 saat itu, Hudgens juga dilaporkan menghadap kamera sambil berkata: “Saya mahu Santa Claus memberikan hadiah kerana saya seorang gadis yang baik.”
Skandal terbaru itu dijangka memberi kesan buruk terhadap Hudgens yang sebelum ini hampir disingkirkan daripada filem High School Musical selepas gambar bogelnya tersebar di internet pada tahun lalu.
Ketika itu, aktres berkenaan mendakwa gambar yang dirakamkan di dalam bilik tidurnya itu adalah untuk koleksi peribadi dan dia berasa sangat sedih apabila ada pihak menyebarkan ke internet.
Bagaimanapun, ramai pihak berpendapat gambar itu dirakamkan untuk kekasihnya yang juga pasangannya dalam filem High School Musical, Zac Efron, 20.
– Agensi