Khamis, 21 Februari 2008

Marah punca cedera lambat sembuh


PARIS: Bidalan bahawa ketawa adalah penawar terbaik terbukti benar dan disokong dengan kajian luar biasa yang menyebut individu pemarah mengambil masa lebih lama untuk sembuh dari kecederaan. Kajian terdahulu mengaitkan sifat panas baran dengan kes tinggi penyakit jantung koronari, darah tinggi dan angin ahmar, terutama di kalangan lelaki.

Namun, kajian baru yang disiarkan kelmarin dalam jurnal Brain, Behaviour, Immunity, adalah uji kaji kawalan pertama yang secara langsung mengukur kesan kemarahan kepada proses penyembuhan.

Penyelidik di Universiti Ohio mengenakan kesan lecur kecil di lengan 98 sukarelawan yang kemudian dipantau selama lapan hari untuk melihat bagaimana pantasnya kulit pulih sendiri. Setiap subjek mengambil ujian psikologi terlebih dulu untuk menilai bagaimana mudah dan kerap mereka berasa dan meluahkan kemarahan, dan kemudian disenaraikan dalam ‘skala kemarahan.’

Individu yang mengambil ubat farmaseutikal tertentu, merokok atau meminum kuantiti keterlaluan kopi banyak mengandungi kafein diketepikan, bersama-sama individu yang memiliki berat badan atau kurang berat keterlaluan.

- Agensi