Khamis, 14 Februari 2008

Mel Gibson bebas


MEL GIBSON akhirnya telah dibebaskan Rabu lalu setelah hakim berpuas hati dengan tingkah lakunya. Kelakuan baik Mel Gibson memberikan khabar gembira kepadanya apabila dia kini bukan lagi menjadi orang yang sedang dalam perhatian.

Pelakon berusia, 52 tahun ini yang dihadapkan di mahkamah Malibu telah melalui pintu belakang untuk mengelakkannya bertembung dengan juru gambar.

Mel Gibson didapati bersalah pada Ogos 2006 apabila dia ditahan kerana memandu dengan tahap alkohol yang tinggi dalam badannya. Dia kemudiannya berada dalam pemerhatian pihak polis selama tiga tahun dan segala aktiviti yang dilakukannya di pantau pihak berkuasa.

Dia juga pernah dimasukkan ke dalam penjara tetapi akhirnya bersetuju untuk menghadiri kelas ketagihan alkohol.

Gibson juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan anti-Yahudi semasa ditahan dan dia telah pun mengeluarkan permohonan maaf.

Walaupun Gibson telah memuaskan hati hakim, tetapi secara teknikalnya dia masih mempunyai baki pemerhatian selama 18 bulan.

Kosmo!