LONDON - Syarikat perisian komputer, Microsoft didenda sebanyak £681 juta (RM4.33 bilion) sekali gus mencipta rekod yang paling tinggi dan syarikat pertama melanggar larangan yang keluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Syarikat itu dikenakan denda selepas ia mengingkari larangan yang dikenakan selepas didapati melanggar peraturan pada Mac 2004 dan didenda sebanyak £376 juta (RM2.4 bilion).
Ia didapati menggunakan harga tinggi dengan tujuan untuk tidak menggalakkan persaingan perisian dan melanggar arahan supaya menyediakan maklumat kenapa harga tinggi itu dikenakan.
- Agensi