Napoleon Bonaparte
ROM - Para saintis Itali menyatakan bahawa mereka berjaya membuktikan bekas pemimpin Perancis, Napoleon tidak diracun sekali gus menghapuskan dakwaan bahawa beliau dibunuh oleh pegawai penjara Britain.
Bedah siasat yang dilakukan terhadap maharaja itu menyatakan bahawa beliau meninggal dunia kerana kanser perut ketika berumur 51 tahun.
"Bukannya racun arsenik yang membunuh Napoleon di Saint Helena," kata beberapa penyelidik di Institut Kebangsaan Nuklear Fizik dan Universiti Pavia.
Teori sebelum ini menyatakan bahawa Napoleon dibunuh ketika beliau berada dalam buangan di Pulau South Atlantic pada 1821.
"Adalah jelas bahawa seseorang itu tidak boleh menyatakan kematiannya disebabkan racun tetapi penyerapan racun arsenik secara berterusan," katanya.
Keadaan itu berlaku kerana semasa kecil, tubuhnya sudah mengandungi arsenik.
- Reuters