Selasa, 12 Februari 2008

Pramugara simpan misai tebal dipecat


Victor Joynath De

NEW DELHI: Mahkamah Agung India mengeluarkan notis meminta syarikat penerbangan kebangsaan menjelaskan mengapa ia memecat seorang pramugara yang menyimpan misai tebal dan panjang. Victor Joynath De dihalang bertugas di dalam pesawat oleh Indian Airlines pada tahun 2001 kerana enggan mencukur misainya. Dia kalah dalam kes terdahulu di mahkamah rendah yang memutuskan syarikat penerbangan itu berhak memecatnya.

Menurut peraturan syarikat, semua anggota krew perlu bercukur. Jika menyimpan misai, panjangnya tidak boleh melebihi bibir atas. Garis panduan itu tidak dikenakan ke atas pekerja berketurunan Sikh. “Bagaimana seseorang boleh dipecat kerana saiz misai?,” kata panel hakim Mahkamah Agung, H K Sema dan Markanday Katju.

Syarikat penerbangan itu diberi empat minggu untuk memberi penjelasan.

Masalah De dengan majikannya bermula pada 2001 apabila syarikat penerbangan itu menyifatkan misainya memberi risiko kesihatan, terutama apabila dia kerap mengendalikan makanan.

- Agensi