
Pada 2 Disember 2007, bekas Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, mendedahkan bahawa kira-kira 30 ribu orang pekerja asing yang datang sevara sah di negara ini didapati tidak sihat dan menghidap beberapa jenis penyakit berjangkit seperti batuk kering dan hepatitis B. Penyakit ini boleh menular dalam kalangan rakyat tempatan jika tidak dibendung.
Ekoran itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, mengumumkan bahawa pekerja asing yang disahkan menghidap penyakit berbahaya dihantar pulang ke negara masing-masing. Mereka diberikan tempoh sebulan untuk menghantar laporan kesihatan mereka kepada Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).
Dewan Masyarakat