Selasa, 4 Mac 2008

Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental


Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental. Demikian menurut bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, semasa merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Sungai Petani pada 22 November 2007.

Menurut Soi Lek, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan pada 2006 mendapati kes gangguan mental dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir enam peratus berbanding dengan kajian yang dijalankan 10 tahun yang lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus kes gangguan mental terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. Sementara itu, sebanyak 11.2 peratus pesakit dalam kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus dalam kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

Dewan Masyarakat