Selasa, 4 Mac 2008

Kurang buang air punca diabetes dan sekatan jantung


Berdasarkan sistem perubatan lengkap (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) yang dikenali sebagai Sistem Sembuh Ekologi menunjukkan bahawa tabiat kurang membuang air boleh menyebabkan manusia menghidap diabetes jenis dua dan sekatan jantung.

Kenyataan ini dianggap menyimpang daripada tanggapan lazim bahawa pengambilan gula atau kurang senaman menjadi punca utama diabetes jenis dua.

Menurut bekas pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. V.M. Palaniappan yang bertanggungjawab menghasilkan Sistem Sembuh Ekologi, tabiat kurang membuang air (kurang tiga kali sehari) selepas minum satu hingga empat liter air menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi menghidap diabetes melitus jenis dua.

Apabila seseorang kurang membuang air dan pada masa yang sama mengambil kuantiti gula dan karbohidrat secara berlebihan, akan menyebabkan dirinya berisiko tinggi menghidap diabetes melitus jenis satu.

Dewan Masyarakat