
Penyakit barah yang menjadi pembunuh utama di beberapa buah negara di dunia, dijangka membawa maut kepada 7.6 juta orang penduduk dunia pada 2008.
Persatuan Barah Amerika Syarikat berkata, secara keseluruhannya sebanyak 12.3 juta orang menghidap penyakit itu pada tahun 2007. Anggaran tersebut diperoleh berdasarkan data Agensi Antarabangsa bafi Penyelidikan Barah, salah satu cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pakar epidemiologi persatuan itu, Ahmedin Jamal berkata penyakit barah semakin meningkat di negara maju berikutan penduduknya semakin mengamalkan tabiat seperti merokok, mengamalkan diet yang tidak sihat dan menggemukkan.
Dewan Masyarakat