Selasa, 4 Mac 2008

Selangor catat kes dera tertinggi


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti sebanyak 446 kes penderaan dilaporkan sepanjang tiga tahun yang lalu dan ada antaranya yang melibatkan kematian. Kanak-kanak lelaki merupakan golongan yang paling banyak didera iaitu sebanyak 258 kes, diikuti oleh kanak-kanak perempuan iaitu 188 kes.

Dari segi taburan kes, Selangor mencatatkan kes penderaan tertinggi sepanjang 2005 hingga 2007. Yang berikut disenaraikan jumlah kes penderaan mengikut negeri.

Selangor - 127 kes

Melaka - 52 kes

Pulau Pinang - 48 kes

Kedah - 44 kes

Johor - 42 kes

Perak - 39 kes

Kuala Lumpur - 28 kes

Sarawak - 25 kes

Negeri Sembilan - 15 kes

Sabah - 11 kes

Pahang - 8 kes

Kelantan - 4 kes

Terengganu - 2 kes

Perlis - 1 kes

Jumlah keseluruhan - 446 kes penderaan di Malaysia

Dewan Masyarakat