
TEHRAN - Sebuah mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki, Shahin membelikan 124,000 kuntum bunga ros untuk isterinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar Etemad melaporkan, wanita itu, Hengameh sebelum ini memfailkan dakwaan mengenai sikap kedekut suaminya itu bagi menuntut hantaran perkahwinan.
"Selepas 10 tahun berkahwin, Hengameh berhasrat untuk menuntut hantaran kahwinnya iaitu 124,000 kuntum bunga ros sebagai hukuman terhadap suaminya yang sangat kedekut itu," lapor akhbar tersebut.
Mahkamah turut merampas pangsapuri suaminya yang berharga AS$64,000 (RM204,687) sehingga dia menghantar 124,000 kuntum bunga ros di mana sekuntum bunga itu berharga AS$2 (RM6.39)
- AFP