Ahad, 30 Mac 2008

Jerung boleh ramal ribut


GLASGOW - Spesies jerung kini dikenal pasti mampu meramal kehadiran ribut taufan, menurut kajian terbaru penuntut kedoktoran biologi marin Pusat Hiperbarik Kebangsaan di Aberdeen dekat sini.

Lauren Smith yang membuat penyelidikan itu membuktikan kebenaran teori bahawa saintis pada masa depan sebenarnya boleh memantau kelakuan jerung untuk menilai jangkaan cuaca buruk yang akan berlaku.

Beliau menjalankan kajian tersebut terhadap tingkah laku sekumpulan jerung lemon di perairan Bahamas sebelum membuat perbandingan mamalia sama di Scotland. Ia merupakan kajian pertama seumpamanya dilakukan.

Penyelidikan itu timbul secara kebetulan apabila Smith pernah membuat kajian secara umum berkenaan sikap habitat jerung di Florida, Amerika Syarikat yang pelik sebelum muncul puting beliung Gabrielle pada 2001.

Kelompok mamalia yang berusia muda itu didapati berpindah secara tiba-tiba ke perairan yang lebih dalam beberapa jam sebelum taufan tersebut tiba dan beliau melihat sendiri perlakuan aneh kelompok jerung terbabit.

"Minat mendalam terhadap jerung menyebabkan saya sering mengembara dan menyelam melihat cara hidup jerung-jerung itu. Isu itu tidak pernah dijelaskan dalam mana-mana kajian saitifik," katanya.

- Agensi