
BERLIN - Seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel dari rumahnya ke jalan raya hanya kerana takutkan seekor tikus, kata pihak berkuasa semalam.
Selepas menghubungi pasukan kecemasan, beberapa pegawai di bandar itu menemui lelaki tersebut yang berumur 23 tahun dengan memakai hanya seluar pendek dan selipar.
Polis gagal menemui tikus itu tetapi lelaki berkenaan diberitahu supaya pulang ke rumah namun dia pergi ke kediaman saudaranya.
- Reuters