
AMSTERDAM: Seorang pembuat minuman keras di bandar raya ini bertindak menginsuranskan hidungnya sebanyak AS$8 juta (RM26.4 juta) apabila mendengar kisah seorang lelaki yang hilang deria bau, selepas terbabit dalam kemalangan. Ilja Gort berkata beliau mengambil polisi insurans itu untuk memastikan 'keselamatan' hidungnya selain jaminan akan mendapat rawatan terbaik jika sesuatu terjadi ke atas hidungnya.
"Saya rasa kehilangan deria bau adalah sesuatu yang amat teruk. Ia bermakna anda tidak dapat menikmati keharuman pelbagai jenis bau di dunia. Pembuat minuman keras seperti saya menikmati rasa minuman itu dengan hidung," katanya.
- Agensi