Agensi Bulan Sabit Merah (Red Crescent Authority, RCA) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyediakan telefon selular untuk orang buta dalam kalangan ahli Persatuan Orang Buta Emiriyah (Emirates Association of Blind) bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan masyarakat.
Telefon selular yang dilengkapi oleh program pengecam suara ini sesuai kepada golongan yang cacat penglihatan. Telefon ini mempunyai program berbual yang membolehkan golongan ini menggunakan telefon bimbit seperti insan normal yang lain.
Selain itu, telefon ini dilengkapi kemudahan untuk melayari internet, menaip khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menggunakan perkhidmatan bagi mendapatkan maklumat tentang lalu lintas atau arah tertentu.
Dewan Masyarakat