Isnin, 3 Mac 2008

Penakluk pertama Everest diberikan penghormatan terakhir


Majlis pengkebumian Sir Edmund Hillary


Gambar terakhir Sir Edmund Hillary

Beratus-ratus orang beratur di New Zealand memberikan penghormatan terakhir kepada penakluk pertama Gunung Everest, Sir Edmund Hillary, yang meninggal dunia pada 11 Januari 2008.

Hillary, 88 tahun, mendaki Everest setinggi 8850 meter bersama-sama lelaki Sherpa dari Nepal, Tenzing Norgay, pada 1953. Selepas menempa sejarah kejayaan tersebut, bekas pemelihara lebah itu menjadi antara pengembara dan tokoh kemanusiaan yang paling dikagumi pada abad ke-20.

Dewan Masyarakat