Isnin, 3 Mac 2008

Malaysia lokasi FDI ke-16


Kuala Lumpur, Malaysia

Malaysia terus menjadi destinasi utama pelabur asing dunia apabila menduduki tempat ke-16 dalam senarai 25 destinasi pelaburan asing (FDI) utama dunia.

China merupakan destinasi utama FDI manakala tiga buah negara ASEAN turut berada dalam senarai itu iaitu Singapura, Vietnam dan Indonesia mengikut kajian yang dilakukan oleh perunding pengurusan strategik global, AT Kearney.

Penilaian sentimen eksekutif kanan dalam syarikat terbesar dunia mendapati pelabur korporat meyakini prospek negara membangun dan terus membuat pelaburan pada masa akan datang.

Dewan Masyarakat