
Yoga mempunyai sejarah lampau seawal Tamadun Lembah Indus (kira-kira 3000 SM) kini tidak lagi hanya diamalkan oleh yogi (pengamal yoga semata-mata). Bilangan mereka yang mengamalkan yoga untuk keseimbangan kesihatan minda dan tubuh badan, di samping rawatan untuk penyakit seperti sakit belakang dan leher semakin meningkat.
Program Yoga Korporat yang ditawarkan oleh Universe Awareness Centre dan Ancient Yoga Consulting melibatkan program Hatha Yoga/Asthanga Yoga dengan pelbagai postur yoga, meditasi terapi, latihan pernafasan, selain yoga kerusi , yoga pejabat dan yoga perjalanan.
Program yoga mempunyai kesan positif ke atas komitmen kerja kakitangan, kes pekerja berhenti kerja, serta pengambilan kakitangan dan produktiviti. Selain itu, Yoga menawarkan latihan fizikal yang boleh meregang dan menguatkan tubuh tanpa menambah tekanan kepada badan yang sudah pun mengalami tekanan.
Yoga amat sesuai untuk keperluan fizikal kerana pergerakannya lebih perlahan dan berbentuk meditasi. Oleh sebab kehidupan moden menyebabkan masyarakat kurang aktif bersenam, yoga menjadi alternatif terbaik.
Dewan Masyarakat