Selasa, 1 April 2008

Lembu ragut jagung penduduk kena lokap


Gambar Hiasan

CANALUMTIC: Seekor lembu jantan dimasukkan ke dalam lokap selepas didapati bersalah meragut tanaman jagung penduduk dan merosakkan dua kedai kayu di selatan Mexico. Komander polis, Felipe Gomez, berkata lembu itu tidak akan dibebaskan selagi pemiliknya tidak membayar ganti rugi kerosakan yang akan ditentukan oleh hakim tempatan.

Pemilik lembu itu, Moises Santiz, berkata dia hanya akan membayar ganti rugi yang kurang daripada £200 (RM1,270) iaitu jumlah sama dibayarnya untuk membeli lembu itu empat bulan lalu.

- Agensi