
HULU SELANGOR – Rancangan memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh kepada hanya dua jam 15 minit, bakal menjadi kenyataan tahun depan apabila kerajaan bersetuju membeli enam set tren elektrik (EMU).
Namun, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selaku pengendali perkhidmatan membayangkan, tambangnya yang belum ditetapkan, mungkin 50 peratus hingga 100 peratus lebih mahal berbanding kadar sekarang.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, ia bakal beroperasi penghujung 2009 dan perkhidmatan yang dikendalikan KTMB bermula dari stesen KL Sentral untuk perjalanan sejauh 210 kilometer.
“Kita memerlukan 18 bulan hingga 24 bulan lagi untuk memastikan enam set EMU itu betul-betul bersedia memulakan operasi,” katanya selepas merasmikan Majlis Meraikan Lengkapnya Pakej Sistem Projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh di Stesen KTM Komuter Rasa di sini semalam.
Pada masa ini masa perjalanan tren dari KL Sentral ke Ipoh memakan masa 3 jam 30 minit.
Tambah Kong Choy, tren baru itu dijadual singgah di lima stesen iaitu Rawang, Tanjung Malim, Batu Gajah, Kampar dan Tapah Road.
Tambah Kong Choy, tren baru itu dijadual singgah di lima stesen iaitu Rawang, Tanjung Malim, Batu Gajah, Kampar dan Tapah Road.
“Selepas ini, kita akan meneruskan projek landasan berkembar ini dari Ipoh ke Padang Besar sejauh 329 kilometer dalam masa lima tahun lagi,” jelasnya.
Kosmo!