JEDDAH: Satu kumpulan Arab Saudi membiayai kajian yang akan dilaksanakan oleh 73 penyelidik dari dunia Arab, Amerika Syarikat, Eropah, Russia dan Jepun untuk menerbit buku bagi menghapuskan salah tanggapan mengenai Islam dan negara itu.
“Projek berkenaan dilancarkan tidak lama lagi dengan terbitan lapan buku,” kata Mohammed Saud Al-Bishr, ketua pasukan penyelidik bagi projek itu.
“Kebanyakan penulisan mengenai Arab Saudi dan Islam kini tidak berlandaskan fakta dan tidak wibawa,” katanya.
Al-Bishr berkata buku yang dibiayai itu akan dilancarkan di Riyadh, London dan Paris bagi mendapatkan publisiti maksimum. Pelancaran itu disusuli dengan seminar yang akan dihadiri oleh ilmuwan dan tokoh akademik dari Arab Saudi dan negara lain.
Lapan buku pertama itu ialah Address to the West: Views from Saudi Arabia; Saudis and Terrorism: A Global View; Social Reform: The Promotion of Virtue and Prevention of Vice in Saudi Arabia; Women in Saudi Arabia; Prophet Muhammad (pbuh) Presents His Brother Christ to Humanity; Saudi Political System: A Legal View; Saudi Arabia in the Eyes of a Diplomat’s Wife; dan Hundred Questions About the Kingdom.
Putera Mahkota Sultan baru-baru ini menderma SR5.6 juta (RM5.2 juta) kepada projek itu. – Agensi