Ahad, 9 September 2007

Pekerja diarah tak tengking orang awam


HANOI: Kakitangan awam Vietnam diarahkan supaya mengubah sikap termasuk berhenti menengking, memaki hamun serta tidak memasak di bangunan kerajaan.

Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung terpaksa membuat arahan itu menerusi pekeliling khas yang berkuatkuasa minggu ini, sebagai reaksi balas kepada aduan orang ramai berhubung sikap biadap kakitangan awam.

“Dalam aspek komunikasi dan perilaku, kakitangan awam perlu mengamal dan mempamerkan sikap dan nilai murni. Bahasa yang dituturkan perlu jelas dan mudah difahami. Tidak boleh memaki hamun, sumpah seranah atau memekik,” kata pekeliling berkenaan.

Penduduk Vietnam seramai 84 juta orang itu perlu mematuhi ketetapan dibuat pelbagai jawatankuasa rasmi, termasuk membabitkan proses mendapatkan permit kerakyatan, kad pengenalan dan pendaftaran persekolahan. – AFP