Isnin, 3 September 2007

Penulis Jepun dedah Yakuza semakin tergugat


TOKYO: Penulis terkenal Jepun, Shoko Tendo, 39, yang menunjukkan lakaran tatu di sebahagian besar anggota tubuhnya, mendedahkan usaha polis menghapuskan kumpulan penjenayah Yakuza menyebabkan anggotanya semakin sukar dikesan.

Gambar naga, burung cenderawasih serta wanita berpisau di celah gigi adalah tanda beliau seorang anak perempuan anggota Yakuza.

Penulis novel Yakuza Moon itu, beberapa kejadian tembakan oleh Yakuza awal tahun ini termasuk pembunuhan Datuk Bandar Nagasaki adalah disebabkan kumpulan itu semakin terhimpit dengan serbuan polis ke atas mereka.

Operasi polis itu menyebabkan anggota Yakuza tidak lagi bebas menjalankan kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan penipuan judi.

“Yakuza perlu banyak wang tetapi perniagaan tidak berapa bagus sekarang. Jadi, mereka pilih untuk berurusan dalam senjata api,” kata Profesor bidang jenayah, Nobuo Komiya, dari Universiti Rissho di Tokyo.

Berketurunan kaki judi dan penjenayah lain, Yakuza dilaporkan umpama samurai zaman moden, terikat kepada tradisi dan tanggungjawab serta hidup mewah.

Data polis menunjukkan kurang daripada 20 peratus anggota Yakuza berusia 20-an. Tendo dan seorang lagi penulis, Manabu Miyazaki, menganggap ia menunjukkan majoriti pemuda pemudi tidak suka dengan cara kehidupan Yakuza. – Reuters