OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan untuk membenarkan wanita Islam memakai tudung yang menutup muka ketika mengundi.
Election Canada, sebuah badan bebas yang memantau pilihan raya kebangsaan minggu lalu berkata bahawa wanita Islam akan dibenarkan memakai tudung dalam pilihan raya kecil bulan ini di Quebex yang isu pemakaian tradisi berkenaan mendapat perhatian.
Keputusan itu bermakna wanita yang memakai niqab yang menutup seluruh muka mereka kecuali mata atau burqa yang menutup seluruh muka boleh membawa kad pengenalan bergambar atau dokumen penting lain untuk membuktikan identiti mereka ketika mengundi dalam pilihan raya Quebec.
Harper berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan terbabit dan memaklumkan semua parti dalam Parlimen bahawa undian kali ini akan memperkenalkan undang-undang baru yang memerlukan pengenalan visual pengundi.
“Saya rasa keputusan itu bertentangan sekali,” kata Harper kepada pemberita kelmarin sempena satu sidang APEC di Sydney, Australia. – AP