Kedai yang kelihatan usang di tengah pekan Kepala Batas ini seolah-olah tidak berpenghuni dan jika dilihat pada zahirnya ia bukanlah satu tarikan melainkan kepada mereka yang tahu tentang keistimewaannya.
Siapa sangka di kedai usang ini yang hampir seusia dengan kemerdekaan negara, seorang anak muda berusia 26 tahun menghasilkan capal bagi semua lapisan masyarakat termasuk perdana menteri.
Capal hasil kerja tangan Badril Shahidan Hashim yang menggunakan jenama "Jago", sudah dikenali di seluruh negara.
Memandangkan barisan pelanggannya yang termasuk orang-orang kenamaan, Badril pada satu hari nanti mungkin boleh muncul sebagai seorang lagi tokoh fesyen alas kaki mirip Jimmy Choo yang telah menempa nama di persada antarabangsa.
Badril mewarisi seni membuat capal daripada ayahnya, Hashim Hassan, 82, yang memulakan perniagaan itu pada tahun 1958 dan ayahnya sendiri pernah membuat capal bagi ramai orang kenamaan.
CAPAL ISTIMEWA
Badril yang mula membuat capal secara sepenuh masa sejak 2003, berkata beliau telah dua kali membuat capal untuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kali pertama beliau membuat capal untuk perdana menteri adalah sebelum Abdullah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelima.
"Itu merupakan kali pertama saya buat capal untuk perdana menteri. Pada masa itu ada orang datang ke kedai menempah dua pasang capal, sepasang untuk Datuk Seri Abdullah dan sepasang lagi untuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata capal yang dibuat untuk Abdullah dikenali sebagai capal asli atau capal Palembang, bersaiz sembilan dengan bukaan lapan.
"Capal asli pada zaman dulu dipakai oleh golongan bangsawan. Ia berbeza dengan capal biasa kerana tapaknya lebih tinggi," kata Badril yang mempelajari cara membuat capal daripada bapanya.
Terbaru, beliau membuat capal untuk perdana menteri sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 baru-baru ini.
"Pada tapak bahagian atas capal itu ditulis PM5 yang bermaksud Perdana Menteri Kelima. Ia ditempah untuk dihadiahkan kepada perdana menteri," katanya.
ABDULLAH SENDIRI SINGGAH DI KEDAI BADRIL
Detik bersejarah dan paling bermakna bagi Badril adalah apabila Abdullah sendiri singgah di kedainya, 14 hari selepas mengambilalih jawatan perdana menteri.
"Saya tidak menyangka perdana menteri akan datang ke kedai saya. Beliau singgah sebentar di sini selepas menyampaikan sumbangan banjir di kawasan berhampiran," katanya.
Beliau berkata ketika itu, Abdullah yang datang bersama Pengerusi DRB-HICOM Bhd Tan Sri Saleh Sulong sempat menjelaskan mengenai capal Jago kepada Saleh.
Badril berkata bapa dan abangnya juga pernah membuat capal untuk Abdullah semasa beliau menjadi Menteri Luar.
"Bapa kepada perdana menteri, Ahmad Badawi, juga menempah capal daripada bapa saya," katanya turut menceritakan selain Abdullah, bapanya juga pernah membuat capal untuk Dr Mahathir.
DR MAHATHIR BELI CAPAL JAGO DI PEKAN RABU
"Tun Dr Mahathir membeli capalnya dari sebuah kedai di Pekan Rabu dan kedai itu menempah darinya," kata beliau.
Beliau berkata jenama Jago bukan lagi sesuatu yang asing di seluruh negara.
"Pembeli bukan dari negeri ini sahaja, ramai yang datang dari luar Pulau Pinang terutamanya pada musim Hari Raya," katanya.
Setiap tahun beliau menerima tempahan bagi kira-kira 2,000 pasang capal untuk Hari Raya.
Oleh kerana berpegang kepada prinsip kualiti lebih penting daripada kuantiti, Badril tidak berhasrat untuk membuka kilang capal pada masa akan datang. Sebaliknya jika ingin membesarkan perniagaannya, beliau akan melatih pekerja untuk menghasilkan capal buatan tangan bagi mengekalkan kualitinya.
"Ada perbezaannya hasil buatan mesin dan buatan tangan kerana bila menggunakan mesin seninya sudah tidak ada lagi," katanya.
KEPUASAN PELANGGAN MATLAMAT UTAMA
Menurut Badril kepuasan pelanggan adalah matlamat utamanya sehingga beliau terpaksa bekerja pada Hari Raya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin membeli capal pada saat-saat akhir.
"Kadang kala ada yang datang dari jauh seperti Perak dan Johor untuk membeli capal. Jika nasib mereka baik, saiz yang dikehendaki ada. Jika tiada saiz, saya minta mereka tunggu dan saya buat capal mengikut saiz yang dikehendaki," katanya yang mengambil masa kira-kira 90 minit untuk menyiapkan sepasang capal.
Katanya keistimewaan capal Jago ialah ia diperbuat daripada kulit lembu dan dijahit dengan tangan, iaitu 100 peratus hasil buatan tangan yang menjadikannya selesa untuk dipakai.
Badril yang dibantu isterinya berkata reka bentuk capal yang dibuat di kedainya diwarisi daripada bapanya.
Katanya capal Jago dijual dalam tiga warna iaitu merah manggis (maroon), coklat dan putih. Capal yang dibuat untuk kegunaan lelaki dan wanita dijual pada harga RM50 dan bagi kanak-kanak ia dijual dengan harga RM18.
Oleh Muna Khalid
Bernama