Warga Malaysia di Dubai yang berpuasa buat pertama kali di situ pasti sukar menerima hakikat yang mereka tidak akan menikmati banyak daripada juadah dan tradisi yang sinonim dengan Ramadan di tanahair.
Pertama, tiada bazar Ramadan seperti di Malaysia di mana mereka boleh membeli pelbagai juadah tradisional yang ada antaranya hanya boleh didapati semasa bulan puasa.
Kedua, cuaca panas menguji ketahanan mereka yang berpuasa buat pertama kali di sini dan ketiga mereka tidak dapat turut serta dalam tradisi `balik kampung' seperti di tanahair.
Sementara Dubai menawarkan pelbagai makanan antarabangsa, rakyat Malaysia merindui makanan tradisional yang mereka telah menikmati selama ini di tanahair semasa Ramadan dan apalagi kegembiraan berbuka puasa dengan keluarga.
Secara ringkas, bulan puasa nampaknya menimbulkan nostalgia bagi rakyat Malaysia di sini.
SATU DUGAAN
Bagi Zabir Barie Zulkifli, 13, yang menjalani ibadat puasa buat pertama kali di luar negara, bazar Ramadan sesuatu yang beliau sukar lupakan.
"Saya teringat `ayam percik' dan `mee goreng', di bazaar yang terdapat di stadium Shah Alam di mana saya dan empat beradik-adik saya akan membeli pelbagai juadah untuk berbuka. Ia bagaikan satu acara keluarga bagi kami," katanya.
Adakalanya makanan mudah yang begitu diidamkan. Di Malaysia anda boleh menemui dengan mudah mee kuning untuk membuat mee goreng tetapi di sini ia jarang boleh ditemui.
Jika bernasib baik anda boleh menemui beberapa paket mee di salah sebuah daripada pasaraya utama di sini, tetapi pastikan anda membelinya dengan segera kerana ia akan `hilang' dengan cepat.
Zabir tiba di sini lebih kurang tiga bulan lepas bersama abangnya Zhaqri Faruq, 14, dan ibu untuk turut serta dengan ayah mereka yang bertugas dengan sebuah firma multinasional di sini.
Beliau masih dalam proses membiasakan diri dengan tempat baru dan sekolah barunya dan merindui tanahair dan rasa rindunya itu lebih ketara semasa bulan puasa.
Bagi Farah Nadia Noraslan Hadi, 11, berpuasa di tempat baru ini cukup `panas' baginya.
"Saya tidak suka dengan cuaca panas di sini," kata anak kepada Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia Noraslan Hadi Abdul Kadir dan Maherah Ahmad.
Keluarga itu tiba di sini beberapa bulan yang lepas semasa musim panas di Dubai.
TERINGATKAN KEGEMBIRAAN BALIK KAMPUNG
Farah berkata beliau kini mempunyai banyak kawan di sekolah barunya tetapi masih merindui sanak saudara di tanahair dan kegembiraan `balik kampung' seperti yang beliau nikmati apabila pulang ke Kelantan untuk berhari raya.
Tuan Anis Najihah Tuan Razali, 10, dan adiknya Aisya Fasihah, 6, juga merindui sanak saudara mereka ditanahair.
"Tetapi saya kini telah mendapat banyak rakan di sekolah yang datang dari seluruh dunia," kata Anis.
Mereka merupakan anak kepada Tuan Razali Tuan Omar, Pengarah Tourism Malaysia (Emiriah Arab Bersatu, Teluk dan Iran) dan Zulfa Othman dan keluarga itu tiba di sini beberapa bulan yang lepas.
Berbanding dengan kanak-kanak lain, Amir Hamzah Mat Yusof, 7, berbangga dengan status `veteran' beliau kerana telah berada di sini selama lebih dua tahun.
KANAK-KANAK BELAJAR BAHASA ASING
"Saya suka dengan tempat ini dan juga Malaysia...," kata anak kepada Mat Yusof Che Nam, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia (UAE, Teluk dan Iran) dan Jesina Mohd Yusuff.
Di sekolah, katanya, beliau berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan rakan-rakan senegara dan dalam bahasa Inggeris dengan rakan-rakan dari negara lain.
Kanak-kanak Malaysia di sini menguasai dua bahasa dan ada juga yang mampu bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab yang diajar di sekolah-sekolah antarabangsa di sini.
Nampaknya bukan sahaja kanak-kanak yang merindui suasana Ramadan di Malaysia.
TERINGAT BAZAR RAMADAN
Azahar Abdul Malek, yang keluarganya berada di Malaysia, berkata hanya mereka yang pulang ke tanahair semasa bulan puasa pasti berpeluang menikmati juadah Ramadan.
Walaupun berpuasa di perantauan bukan baru baginya kerana sebelum ini beliau pernah bekerja di Qatar, suasana bazar Ramadan adalah sesuatu yang beliau rindui.
"Saya benar-benar merindui bazar warna-warni itu serta aneka jenis makanan dan kueh yang dijual," kata Azahar ayah kepada tiga orang anak perempuan dan seorang bayi lelaki, yang bertugas dengan sebuah syarikat landskap di sini.
Dan semasa bulan puasa keluarga-keluarga Malaysia berkumpul untuk mengadakan `iftar' dan sembahyang tarawih di kediaman mereka.
Semasa inilah mereka berpeluang untuk bertukar berita terkini mengenai tanahair dan juga negara tuan rumah mereka.
Bagi rakyat Malaysia yang baru ke bandaraya moden ini dengan 1.4 juta penduduk, juadah Malaysia agak mudah didapati dan ini mungkin dapat melegakan kerinduan terhadap kampung halaman khasnya semasa Ramadan.
Oleh Nor Faridah Rashid
Bernama