Ketika negara-negara di seluruh dunia meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap November, nasib kanak-kanak di Malaysia menjadi tandatanya khasnya sejak kebelakangan ini.
Dua bulan yang lepas, negara digemparkan dengan berita sayu kematian Nurin Jazlin Jazimin yang berusia lapan tahun. Mayat kanak-kanak itu, yang merupakan mangsa deraan seksual, ditemui dalam keadaan bogel dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di tepi tangga rumah kedai.
Sementara kemarahan orang ramai baru mula reda, negara digemparkan lagi dengan berita pembunuhan kejam Preeshena Varshiny yang berusia sembilan tahun pada Rabu lepas. Preeshena yang dirogol, diliwat dan dipukul, dibuang daripada balkoni sebuah kondominium.
Nurin dan Preeshena merupakan antara ramai mangsa pemangsa seks yang masih bebas. Kini usaha menjamin keselamatan kanak-kanak merupakan satu cabaran bagi pihak berkuasa.
Sementara komuniti-komuniti menyeru supaya dipastikan ruang-ruang awam selamat bagi kanak-kanak, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula mengambil inisiatif sendiri untuk mendidik orang ramai terhadap isu keganasan dan keselamatan. Salah sebuah daripada NGO itu ialah perkumpulan wanita, All Women's Action Society (AWAM).
AWAM menganjurkan kempen Rakyat Menentang Rogol untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu keselamatan. Walaupun tugas mewujudkan ruang-ruang selamat bagi kanak-kanak semakin mencabar, AWAM tanpa mengenal penat lelah memperjuangkan persekitaran bebas keganasan dan ruang selamat bagi golongan muda.
AMBIL KIRA ANAK-ANAK
Pengarah Eksekutif AWAM Honey Tan Lay Ean berkata pihaknya telah mengunjungi sekolah, kolej dan universiti untuk berbincang mengenai isu-isu keganasan dan keselamatan.
"Kami mengaitkan isu-isu ini dengan hak asasi manusia, sebagai contoh bagaimana keganasan mencabul hak kita untuk hidup, kebebasan serta keselamatan seseorang. Ini termasuk hidup bermaruah dan bebas daripada keganasan," kata beliau kepada Bernama.
Satu daripada aktiviti NGO itu yang membayangkan komitmennya ialah projek "Walk and Wheel: Uniting for Safe Spaces" yang berlangsung pada 30 Jun 2007. Tema acara itu ialah "Ambil Kira Saya".
"Sebahagian daripada projek itu adalah bagi golongan muda untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan di sekolah-sekolah menunjukkan bagaimana mereka akan menangani pelbagai bentuk keganasan seperti rompakan, rogol, gangguan seksual serta keganasan domestik.
"Pada 6 Oktober, AWAM mengadakan satu lagi projek bertema "Bersatu bagi Ruang Selamat: Anak-anak Penting". Objektifnya ialah bagi membolehkan orangramai, khasnya kanak-kanak untuk menyatakan perasaan mereka terhadap kejadian keganasan dan penculikan membabitkan kanak-kanak seperti kes Nurin," kata Tan.
Beliau menambah kata AWAM percaya kerja berpasukan diperlukan bagi memastikan ruang-ruang awam adalah selamat, tidak kira di rumah atau di luar.
"Kami tumpukan pada apa yang kami, polis dan pihak berkuasa tempatan boleh buat untuk memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Program-program awam adalah penting kerana mereka membantu menampilkan isu-isu khusus, oleh itu memulakan satu proses perubahan.
"Walaupun program-program awam kesannya mungkin terhad kerana ia hanya sampai kepada bilangan kecil anggota masyarakat, ia tetap perlu dilaksanakan di tempat-tempat berlainan. Di sini, pembiayaan merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan," kata Tan.
TANGANI ISU-ISU TERAS
Tan berkata keganasan, khasnya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan pasti akan berkurang jika setiap pihak menangani isu-isu akar-umbi iaitu diskriminasi terhadap wanita serta isu kesaksamaan jantina.
"Ini ada kaitan dengan keganasan berasaskan jantina kerana wanita didiskriminasi, mereka dinilai lebih rendah dan status rendah ini menyebabkan keganasan terhadap mereka berterusan, dan seringkali mereka yang melakukannya tidak dikenakan tindakan."
Beliau menunjukkan antara cara lebih berkesan untuk menangani keganasan berdasarkan jantina ialah untuk mengubah nilai dan minda orang ramai.
"Ini bermakna kanak-kanak lelaki dan perempuan serta wanita dan lelaki harus dilihat saksama dan keganasan bukan cara untuk menangani isu-isu yang timbul dalam kehidupan harian kita.
"Perlu ada usaha serempak untuk sampai kepada kanak-kanak lelaki dan dewasa supaya mereka lebih sedar bagaimana diskriminasi jantina dan ketidaksaksamaan memberi kesan kepada mereka juga, walaupun dalam cara berlainan," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa juga mempunyai pandangan stereotaip yang mereka perlu bersikap `macho' dan agresif selain beranggapan keganasan adalah satu daripada kaedah untuk menyelesaikan masalah. Ini menghalang mereka daripada menunjukkan sikap penyayang dan belas kasihan kerana takut dilabel sebagai "sissy" atau "lembut".
LEBIH BANYAK KEMPEN UNTUK TINGKAT KESEDARAN
Tan berkata pada 24 November, AWAM akan menganjurkan satu bengkel bagi wanita dan lelaki mengenai isu-isu keganasan berasaskan gender di Kuala Lumpur.
"Ini ada kaitan dengan kempen Reben Putih pada 25 Nov dan tarikh itu juga menandakan permulaan 16 Hari Aktiviti Mengenai Keganasan Terhadap Wanita, yang berakhir dengan Hari Hak Asasi Manusia pada 10 Disember."
Katanya, AWAM juga mempunyai program-program di Kuantan, Batu Pahat, Johor Baru dan Melaka.
"Kami akan menjalankan lebih banyak bengkel tetapi acara utama ialah 'Girl Power Camp' yang akan diadakan bagi remaja dalam kumpulan umur 13 hingga 17 tahun. AWAM mahu mengupayakan mereka dengan meningkatkan kesedaran gender mereka dan mengajar mereka sedikit sebanyak mengenai asas mempertahankan diri," kata Tan.
Oleh Jeswan Kaur
Bernama