Khamis, 8 November 2007

Tolak 150 pinangan

BELGRADE: Seorang wanita Serbia mendakwa menolak 150 pinangan atas alasan belum menemui lelaki idamannya.

Milunka Dabovic, yang kini berusia 38 tahun, berkata lelaki idaman mesti tinggi, tampan, mahu hidup di kampungnya, pekerja rajin dan berhati mulia.

Dabovic yang masih tinggal bersama ibu di tengah Serbia, mendakwa dia menerima pinangan pertama ketika berusia 14 tahun dan hampir setiap tahun berdepan pelawaan berkahwin yang ditolaknya. – Agensi