Selasa, 18 Disember 2007

Kurang Kencing, Aktiviti Lasak Atau Lebih Toksik Boleh Sebabkan Kanser


Saya perhatikan terdapat muda-mudi di lewat usia remaja mereka menghidapi sejenis kanser darah yang dikenali sebagai leukemia limfosit. Kesemua mereka mempunyai satu ciri yang sama. Mereka aktif dalam olahraga, dan dua daripada mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan, adalah ketua sekolah, dipilih kerana prestasi baik mereka dalam aktiviti sukan.

Ini menyebabkan saya merumuskan satu hipotesis, yang mungkin berlawanan dengan andaian konvensional tetapi penjelasan yang diberikan boleh diterima untuk memahami mengapa dan bagaimana penyakit ini berlaku, dan juga dalam penyelidikan lanjut akan penyakit ini.


APA PUNCANYA

Faktor yang menyebabkan masalah jantung, batu karang dalam organ, ketumbuhan dan kanser seperti yang dinyatakan pada bab-bab awal rencana ini turut menyebabkan kanser darah. Aktiviti fizikal keterlaluan dan secara berterusan nampaknya satu lagi punca perkembangan penyakit ini.

Leukemia disebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan dan tanpa terkawal. Dalam keadaan normal, apabila terdapat jangkitan mikrob, pengeluaran sel darah putih ditingkatkan untuk memerangi mikrob.

Pengeluaran sel darah putih memerlukan kalsium bebas, dan ia boleh didapati dalam kuantiti yang banyak dalam tubuh apabila seseorang itu kurang kencing.

Seseorang yang berlatih bagi larian marathon minum banyak air ( sebagai contoh 5 liter), tetapi sebahagian besar air ini hilang dalam bentuk peluh, menyingkirkan sedikit sahaja kalsium daripada tubuh. Ini menyebabkan banyak kalsium terkumpul dalam tubuh, oleh itu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Acara marathon membabitkan larian sehingga 40 km. Ada yang memilih 'separuh marathon'. Dalam mana-mana dua acara larian ini, ia merupakan satu usaha yang melampaui had tampung tubuh, menyebabkan tubuh menjadi berasid. Oleh itu, tubuh memasuki satu fasa hiperasid dan tubuh berasa panas.

Tubuh berasid menggalakkan jangkitan virus, mencetuskan pengeluaran sel darah putih dan akhirnya menyebabkan leukemia.

Bagaimanapun, Leukemia Mieloid Akut berbeza daripada Leukaemia Limfosit. Ini nampaknya berlaku kepada mereka yang tidak terbabit dalam aktiviti lasak, tetapi mereka yang terdedah kepada radiasi berlebihan, atau kepada input berterusan kimia berbahaya seperti antibiotik kuat dan ubat-ubatan dalam proses rawatan. Ini juga menyebabkan tubuh bersifat hiperasid.


ANTARA LANGKAH PENCEGAHAN

Elakkan aktiviti senaman berlebihan melampaui had tampung tubuh, pengambilan ubat-ubatan yang bersifat toksik, bahan pengawet berlebihan dan sisa racun serangga, dan juga pendedahan kepada radiasi yang kesemuanya merupakan aspek penting bagi pencegahan.

Meminum air yang cukup serta membuang air secara liberal tanpa tubuh kehilangan bendalir menerusi aktiviti yang mengeluarkan peluh turut penting bagi mengelakkan kanser darah.

Wanita mengandung perlu mengelakkan daripada racun seperti yang dinyatakan di atas, selain daripada mengelakkan pendedahan keterlaluan kepada radiasi berbahaya, bagi memastikan anak mereka tidak mengalami kanser darah.

Sembelit kronik memburukkan lagi keadaan beberapa penyakit utama dengan meningkatkan pengumpulan kalsium. Bagaimanapun, masih tidak jelas sejauh mana ia menyumbangkan kepada kanser darah.


KESAN SEMBELIT KRONIK PADA PENYAKIT LAIN

Selain daripada apa yang telah dijelaskan sebelum ini, sembelit kronik juga menyebabkan jerawat muka. Perubahan dalam hormon seseorang seperti yang lazim dipercayai, tiada kaitan dengan masalah ini.

Jika sembelit itu benar-benar teruk, keadaan jerawat juga pasti teruk.

Memakan makanan yang diperbuat daripada tepung halus, termasuk capati, kuih, biskut, kacang tanah, coklat, betik dan lain, memburukkan lagi sembelit, dan juga pembentukan jerawat. Makanan seperti jeli sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah ini.

Rawatan menyeluruh bagi jerawat turut membabitkan pembersihan usus berulang kali menggunakan julap herba, pada kadar sekali seminggu bagi tempoh sebulan atau dua. Seterusnya, seseorang itu perlu sama sekali mengelakkan sembelit.

Beberapa jenis penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema muncul kerana sembelit kronik. Masalah ini juga hilang apabila masalah sembelit ini berjaya diatasi.

Masalah nafas berbau yang dikenali sebagai halitosis, flatulens, buasir, barah kolo-rektal, kadar kolesterol yang tinggi dalam darah (kolesteremia), nampaknya ada kaitan dengan sembelit kronik.

Kaedah-kaedah ini serta maklumat rawatan lain terkandung dalam tiga buah buku iaitu "Asthma, Bronchitis, Cough, Sneezing and Sweating"; "Obesity: Causes, Cure and Prevention" dan "Human Diseases" yang ditulis oleh Dr. V.M. Palaniappan. Dr. Palani boleh dihubungi di (6-03) 62722284 / (6) 012-207 1414 / e-mel: vmpalani@streamyx.com.

Oleh Dr. V. M Palaniappan, Ph.D

Bernama