Isnin, 7 Januari 2008

Artenton jadi Fields dalam filem Bond


LONDON – Artis muda kelahiran Kent, Britain, Gemma Arterton akan melakonkan watak Fields dalam filem terbaru James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Selebriti berumur 21 tahun itu sebelum ini pernah berlakon dalam filem St. Trinian.

Aktres itu juga tidak begitu popular tetapi kini mendapat liputan media selepas berjaya dalam uji bakat untuk menjadi gadis Bond.

Filem terbaru Bond yang menggunakan nama kod Bond 22 itu masih belum diberi tajuk khusus tetapi ia sudah dijadualkan untuk ditayangkan pada November depan.

Pada minggu lalu, syarikat penerbit Bond, Danjag Productions mengesahkan aktor Mathieu Amalric bakal membawa watak jahat dalam filem tersebut.

Dalam filem terbaru itu juga, pelakon terkenal, Daniel Craig kekal sebagai James Bond.

– Agensi