LONDON: Seorang wanita terpaksa meminta campur tangan ahli Parlimen selepas bayi lelakinya tersilap didaftarkan sebagai perempuan.
Menyedari kesilapan itu, ibunya, Rachel Chick, 22, meminta sijil kelahiran baru diberikan untuk membetulkan jantina Ieuan James Jones, lapor The Sun.
Bagaimanapun, dia mendakwa pegawai memberitahunya kesilapan itu sudah dimasukkan ke dalam komputer dan tidak boleh ditukar.
Sebaliknya, mereka memberikan satu dokumen baru kepada Chick yang menyenaraikan Ieuan, sembilan minggu, sebagai perempuan di depan dengan pembetulan di belakang menyatakan jantinanya lelaki.
- Agensi