Pelik tetapi itulah hakikatnya. Seorang jurugambar mengakui Britney ada menawarkan sejumlah wang supaya dia merakam segala aktiviti hariannya.
Jurugambar itu, Alison Silva, memberitahu Britney mempunyai hubungan rapat dengan ramai jurugambar supaya mereka dapat mengambil gambar terbaru dalam apa jua yang dilakukannya sehari.
Silva berkata: "Britney memang melakukan perkara itu. Dia akan menelefon paparazi sebelum keluar rumah. Kami semua tahu ia dirancang 15 minit sebelum dia keluar rumah
Britney yang popular menerusi lagu Ops, I Did It Again sebelum ini memohon maaf kepada Silva agar tidak menunjukkan empat keping gambarnya semasa sedang memandu secara merbahaya di Los Angeles minggu lalu.

Sumber melaporkan, Britney menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Silva seolah menyesali perbuatan yang dilakukannya pada waktu itu.
Britney sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan intim dengan salah seorang jurugambar paparazi, namun terdapat khabar angin, Britney telah meninggalkan lelaki itu.
Kosmo!