LONDON - Model terkenal, Kate Moss yang terkenal kerana suka mengadakan parti sekali lagi menyebabkan jiran-jirannya naik angin setelah dia menyanyi tanpa henti sepanjang malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut satu sumber, selebriti berumur 34 tahun itu berhibur dengan menggunakan set karaoke di kediamannya yang bernilai £8 juta (RM51 juta).
Kekasih Moss, Jamie Hince, 39, dan seorang rakannya, Sadie Frost, 42, menyanyi lagu-lagu kumpulan Spice Girls serta Phantom of The Opera dan Hairspray.
"Mereka memasang suara alat karaoke itu dengan kuat dan ia dapat didengari dari jarak yang jauh. Moss baru sahaja tinggal di sini selama seminggu tetapi dia sudah menyakiti ramai hati jiran-jirannya," kata seorang penduduk.
Sebelum ini Moss turut mengadakan satu parti liar bagi menyambut ulang tahun kelahirannya ke-34 dengan menjemput beberapa selebriti terkenal.
- Agensi