Isnin, 14 Januari 2008

Diana rancang berkahwin dengan Dr. Hasnat


LONDON – Puteri Diana merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Dr. Hasnat Khan yang berasal dari Pakistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dilakukan oleh bekas pembantu rumah Diana, Paul Burrell dalam inkues mengenai kematian Diana di Mahkamah Tinggi London.

Bagaimanapun, Burrell berkata, ibu puteri itu tidak bersetuju dengan sikap anaknya yang keluar dengan Dr. Hasnat.

Puteri itu kemudian tidak bercakap dengan ibunya selama dua bulan sebelum Diana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Paris, Perancis pada Ogod 1997.

Burrell juga mendedahkan bahawa beliau pernah menemui seorang paderi Kristian bagi mengatur satu perkahwinan.

Sementara itu, Dr. Hasnat yang merupakan pakar bedah tidak akan menghadiri inkues kematian itu.

Menurutnya, beliau hanya akan menghantar satu kenyataan yang akan diberikan kepada polis dan dibacakan dalam inkues tersebut.

– Agensi