
PARIS – Seorang pemilik bar di Perancis, Joel Lailler melancarkan mogok lapar semalam bagi memprotes tindakan kerajaan yang mengharamkan merokok di tempat awam.
Dia telah didenda pada Sabtu lalu kerana tidak menghalang para pelanggan daripada merokok dalam bar kepunyaannya, L’Escale, di sebuah perkampungan di Dresny.
Denda itu dikenakan selepas akhbar tempatan melaporkan bahawa dia menentang larangan berkenaan.
Dia berkhemah di dalam sebuah kereta lama yang diletakkan di hadapan kafenya.
Lailler dilaporkan menolak untuk menguatkuasakan larangan itu yang dikenakan di semua bar dan kafe kerana takut akan kehilangan 30 hingga 40 peratus sumber pendapatannya.
“Jika lapan tahun lalu saya mengetahui larangan merokok akan dikenakan, saya tidak akan membeli kafe ini,” kata Lailler.
– AFP