Ahad, 13 Januari 2008

Lelaki tidak tahu melayan wanita – Liu


LOS ANGELES - Aktres terkenal, Lucy Liu bersimpati dengan golongan lelaki yang terpaksa bergelut untuk menawan hati wanita.

Menurut sebuah akhbar semalam, Liu yang popular menerusi filem Charlie Angels mengaku bahawa lelaki moden kini semakin sukar untuk meramalkan bagaimana untuk memenuhi kehendak seorang wanita.

“Saya berpendapat, lelaki-lelaki kini diselubungi kekeliruan.

“Terdapat satu waktu dahulu di mana mereka (lelaki) akan membuka pintu untuk seorang wanita dan sanggup bayar untuk makan malam.

“Namun, mereka (golongan lelaki) kini tidak mengetahui apakah yang perlu mereka lakukan,” katanya.

Menurutnya, golongan lelaki tidak mahu dihukum kerana tidak membuka pintu tetapi pada masa sama, sebahagian wanita lebih berasa gembira untuk membuka pintu.

“Adakah golongan lelaki sepatutnya menjadi lelaki sejati dengan membayar bil makanan atau hanya membiarkan wanita yang membayarnya?” soal Liu.

– Agensi