BOGOTA: Sebuah muzium khusus bagi mereka yang malas kini dibuka di ibu kota Colombia.
Ia menampilkan sofa yang diletakkan di hadapan televisyen, buaian dan katil - apa saja yang berkaitan dengan unsur tidak melakukan sebarang kerja.
Idea itu ialah membawa orang ramai ketika musim percutian untuk memikirkan mengenai perasaan malas dan sifat bertentangan.
Akan tetapi pelawat perlu mengurangkan perasaan malas mereka untuk segera ke muzium itu kerana ia akan berakhir dalam tempoh seminggu lagi.
Jeremy McDermott dari BBC di Colombia berkata, muzium terbaru Bogota itu yang ditaja oleh kerajaan bandar ini, menerima ramai pengunjung dan sesuai bagi mereka yang terganggu oleh kesesakan lalu lintas, asap, kehidupan serba serbi yang pantas dan tekanan kerja.
Marcela Arrieta, kurator muzium memberitahu agensi berita: “Kita selalu memikirkan kemalasan adalah musuh untuk kerja.
- Agensi