TUAH nombor lapan buat aktor berkarisma, Johnny Depp apabila pencalonan kali kelapannya untuk anugerah Golden Globe menerusi filem Sweeney Todd akhirnya berhasil, dengan namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Aktor Terbaik Filem Muzikal atau Komedi.
Depp sebelum ini sudah tujuh kali meraih pencalonan Golden Globe tetapi kesemua dia tewas kepada pelakon lain.
Biarpun menang, namun sedikit malang buat Depp kerana dia dan para pemenang lain ‘tidak boleh’ menghadiri majlis anugerah kali ke-65 yang berlangsung di Beverly Hills semalam, malah majlis tersebut hilang kerlipan glamor.
Majlis anugerah itu sebenarnya hanya melibatkan pengumuman pemenang sahaja berikutan mogok persatuan penulis skrip di Hollywood yang sedang berlangsung saat ini.
Selain Depp, satu kemenangan paling bermakna ialah buat aktres veteran yang menang kategori Aktres Terbaik Filem Drama hasil lakonannya menerusi Away From Her – filem pertama lakonannya selepas tidak aktif berlakon selama lebih dari sedekad.
Lebih bermakna kemenangan itu datang selepas 42 tahun dia tercalon utuk Golden Globe menerusi filem Darling (Christie menang Oscar menerusi filem ini) menyaksikan dia menewaskan nama-nama besar Hollywood – Jodie Foster, Angelina Jolie, Cate Blanchett dan Keira Knightley.
Sementara filem drama terbaik diungguli filem lakonan Knightley, Atonement dan Sweeney Todd dinobatkan sebagai Filem Muzikal atau Komedi Terbaik.
Kosmo!