ATHENS: Parti pembangkang menyerang kerajaan konservatif Greece berikutan apa yang disifatkan akhbar sebagai skandal 'seks, pembohongan dan DVD' yang dibimbangi kemungkinan mengugut seorang pegawai kanan Kementerian Kebudayaan.
Hanya beberapa bulan selepas pilihan raya semula dan pengakuan untuk membanteras rasuah, Perdana Menteri, Costas Karamanlis melihat beberapa pembantu rapat beliau terseret dalam hubungan itu dan diminta untuk menjawab soalan di Parlimen.
"Karamanlis bertanggungjawab atas kemusnahan negara ini. Beliau memimpin sebuah kerajaan yang menghasilkan banyak skandal," kata pemimpin pembangkang Sosialis, George Papandreou kepada akhbar Sunday Eleftherotypia.
Skandal terbongkar selepas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Christos Zachopoulos meletak jawatan bulan lalu dan cuba membunuh diri.
Zachopoulos, 54, yang masih di hospital adalah rapat dengan Karamanlis dan mempunyai kuasa politik dan kewangan di kementerian yang bertanggungjawab bagi antikuiti Greece.
Ahli perundangan sosialis kini mahu mengkaji beberapa kontrak yang diluluskan beliau.
Kerajaan berkata, hanya isu berkenaan berada di bawah kehakiman Greek tetapi pegawai kerajaan yang enggan mendedahkan nama menekankan bahawa ia lebih bersifat tragedi peribadi berbanding skandal politik.
- Reuters