SYDNEY: Perkhidmatan pos Australia menaikkan berat maksimum bagi posmen lelaki dan wanita kepada 15 kilogram lagi dalam usaha menarik lebih ramai petugas. Pos Australia sebelum ini mengehadkan berat kepada 90 kilogram bagi posmen kerana motosikal dengan kuasa 110cc cuma selamat untuk berat 130 kilogram iaitu 40 kilogram surat dan sehingga 90 kilogram bagi posmen lelaki dan wanita yang berpakaian lengkap.
Namun selepas berunding dengan pengeluar motosikal itu, Honda, ia bersetuju motosikal boleh membawa dengan selamat posmen seberat 105 kilogram, lapor akhbar Daily Telegraph.
Bagaimanapun, mereka akan membawa surat seberat 25 kilogram.
- AP