Selasa, 5 Februari 2008

Bayi dinamakan 'Lahir dalam keadaan sesak'


BEIJING: Seorang ibu menamakan anak lelakinya Zhongsheng yang bermakna ‘Lahir dalam keadaan sesak’ selepas ibu bapanya terperangkap selama tiga hari di atas bas berikutan cuaca buruk di China.

Chu Hongling, 24, dan suaminya dalam perjalanan balik ke kampung mereka di Hunan untuk bersalin sempena cuti Tahun Baru Cina apabila ribut salji menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk di wilayah Guangdong.

Akhbar The New Express melaporkan, pasangan itu terperangkap di atas bas dalam cuaca sejuk selama tiga hari, dengan suami Chu berjalan sejauh 3.5 kilometer beberapa kali sehari untuk mendapatkan makanan buat isterinya.

- AFP