Ahad, 17 Februari 2008

Dirotan kerana cium adik ipar

DHAKA - Seorang lelaki di Bangladesh dihukum rotan lima kali dan didenda AS$3 dolar (RM9.66) kerana mencium adik iparnya sempena Hari Kekasih.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan, suami wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung kelakuan adiknya itu di sebuah kampung di utara daerah Joypurjat, Uchna.

Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari itu menjadi popular di kalangan masyarakat muda di Bangladesh sejak beberapa tahun lalu.

- AFP