Selasa, 12 Februari 2008

Kurangkan berat badan dapat wang


MEXICO CITY: Pegawai polis di sebuah bandar di Mexico yang memiliki berat badan berlebihan kini berusaha mengurang berat selepas ditawarkan wang tunai sebagai bonus. Pihak berkuasa menawarkan ganjaran tunai 100 peso (RM34) kepada pegawai polis di Aguascalientes bagi setiap kilogram yang berjaya dihilangkan, menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Satu perempat daripada 1,600 anggota polis di bandar raya itu alami berat badan berlebihan.

- Agensi