Selasa, 12 Februari 2008

Produk kosmestik ditarik balik


SINGAPURA: Satu rangkaian kosmetik dengan slogan nakal yang menyanjung kebaikan 'Kelihatan menarik untuk Nabi Isa' ditarik balik daripada beberapa kedai di sini selepas beberapa gereja Roman Katolik mengadu barangan itu bersikap kurang ajar, sebuah akhbar melaporkan semalam. Menjanjikan 'Ganjaran reputasi anda dan lebih," barisan produk termasuk 'pelembap bibir berperisa - vanila suci dan krim tangan dan badan 'Tegang dengan Nabi Isa', serta beg dan barang lain dijual oleh peruncit terkenal Britain Topshop dan dikeluarkan Blue Q, kata The Straits Times. Wing Tai Retail, yang menguruskan Topshop di sini, mengeluarkan produk itu dari pasaran lewat bulan lalu selepas menerima aduan, kata akhbar.

"Produk ini memperkecilkan Nabi Isa dan agama Kristian," ia memetik Nick Chui, 27, salah seorang pengadu sebagai berkata. "Ada juga kata-kata berunsur seksual dalam mesej dan cara Nabi Isa digambarkan dalam produk mereka." Dalam pembungkusan satu daripada produk itu, Nabi Isa digambarkan memakai jubah putih terang, melihat ke arah syurga sementara seorang wanita berambut perang yang disolek dengan lengannya memeluk bahu sambil merenung ke arah mukanya. "Mengapa ada orang yang menggunakan individu agama untuk mempromosi produk kecantikan? Ia sungguh kurang ajar dan tidak sopan," kata laporan memetik Grace Ong, akauntan berusia 24 tahun yang juga beragama Katolik sebagai berkata.

Jurucakap tidak dikenali Wing Tai Retail memohon maaf atas penghinaan terhadap masyarakat Kristian, kata The Straits Times.

- AP