George Smitherman
TORONTO: Menteri Kesihatan Ontario berkata kelmarin, beliau bersedia memakai lampin pakai buang dewasa sebagai menjawab aduan bahawa golongan tua di rumah kebajikan dibiarkan memakai lampin kotor terlalu lama tanpa diganti. Cadangan Menteri Kesihatan George Smitherman segera ditolak sebagai tidak masuk akal, dengan seorang wakil persatuan mengatakan menteri itu salah tafsir masalah rumah kebajikan yang tidak cukup kakitangan, justeru penghuninya terpaksa memakai lampin kotor sepanjang malam dan kadang-kala sehingga keesokan harinya.
“Jika Menteri mahu bermain permainan bodoh, jadi, biarkannya memakai lampin dan tidur dengannya sepanjang malam dan datang ke tempat kerja dan memakainya sehingga jam 12 tengah hari,” kata Sid Ryan, ketua Kesatuan Pekerja Awam Kanada di Ontario, yang mewakili pekerja rumah kebajikan.
- AP